BSP
Bertanggungjawab merancang, menyelaras dan memperkasakan sokongan ICT digital yang holistik, inovatif dan responsif kepada keperluan pengguna, serta memantau prestasi perkhidmatan ICT bagi menyokong operasi, pengajaran dan pembelajaran serta perkhidmatan universiti.
1. Merancang dan menyediakan hala tuju strategik sokongan ICT digital yang berskala, berinovasi dan sentiasa responsif kepada keperluan pengguna UPM.
2. Mengurus, menyelia dan memantau proses baik pulih dan penyelenggaraan peralatan, perisian dan infrastruktur ICT bagi memastikan kebolehpercayaan dan ketersediaan perkhidmatan.
3. Merancang dan menyemarakkan ekosistem Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) berteraskan teknologi bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif, menarik dan fleksibel.
4. Merancang dan mengurus pengoperasian helpdesk ICT untuk memastikan perkhidmatan sokongan yang cekap, responsif dan berpusatkan pengguna.
5. Mewujudkan dan memupuk budaya kerja digital-first dalam kalangan warga UPM melalui inisiatif pembudayaan minda digital dan penggunaan teknologi secara berterusan.